Semalam bila tidur lewat malam, tercerita bab MADU. Alahai, perit rasa ini hanya hati yang merasa di MADU kan sahaja dapat merasa. Tup tup orang hantar artikel pasal MADU. Macam tambah garam pada luka je. Kawan ku kata kenapa hantar benda manis yang pahit pada orang yang dulunya kita katakan sayang berhari2 lamanya.. Maksudnya MADU la. Sang lelaki curah kan segalanya, bila sudah memiliki, dia bagi HADIAH plak. Bagi diri yang kuat menahan perasaan, mungkin boleh redha saja berbagi rasa dengan orang lain. Bagi yang pedih menahan perasaan mungkin pinggan mangkuk melayang jadi taruhan. Cuba kita letak situasi sebagai orang ketiga, kadang aturan hidup ni tak seperti yang semua kita rancangkan. Ada kala kita berada di pihak yang yang dirasakan betul, ada juga sebaliknya. Kenapa aku guna ayat dirasakan betul, kerana bila di pihak pertama bila ada orang ketiga, kita akan rasa yg ke tiga dah rampas segalanya. Seorang kawan pernah bicara suatu ketika dulu, kalu laki aku nak carikan madu, biar lah aku yg pertama dan punya segalanya. Bunyi macam perempuan itu, mahu segala harta, tapi jawapan dia mudah, relakan suami yg MAMPU itu untuk memiliki hati orang lain secara halalnya, dari kemudian hari dia datangkan dengan cerita buruk mengenai skandal suaminya. Rupanya, omongan yang dizahirkan jadi kenyataan. Dia dimadukan, bukan seorang tapi dua. Dunia ini adil, sekali kita rela diuji, ALLAH akan menguji untuk kita tak rasa untuk mendabik dada.


