Wednesday, 7 December 2011

K.E.C.E.W.A tiada pernah!

11.13 p.m

semua kenangan antara kita ku hadap satu persatu, kau bahagian hidup aku, mana mungkin aku buang kau terus dari keseluruhan itu. setiap ada kenangan, ku imbas kembali memori. 

bulan ke3

disuatu tempat, sekadar melepas dahaga, kau menyusun kata. segalanya tentang kehidupan yang kau angankan. aku mungkin kagum, kerana nampak jujur kau menyusun kata. ku hampir tak percaya pada omongon orang sekeliling.

seminggu kemudian

kau masih dengan ayat yang sama, meluah buah bicara agar ia sampai ke hati aku. kerana karekter mu itu, ku hanya diam sambil tersenyum, bukan ku memberi jawapan, tapi ku tak pernah berfikir sejauh itu. kau berusaha menjadi orang lain. aku masih tersenyum, tapi bukan lagi satu penghargaan, tapi sinisan. kau berpura2.

hari ke hari

segala sisi hidup kau aku mula dekati, bukan untuk memberi hati, ianya sekadar ingin mengenali. jujur kadang kala ku hilang punca. mungkin hikmah ada disitu.

bulan ke bulan

aku mula rasa ada yang membuat hati ku resah, segala yang terjadi seperti tidak memihak pada ku. kenapakah? akhirnya aku ada jawapan. pabila kau menuding pada aku, sah kau bukan lagi pilihan aku.
kau cuma singgah tatkala hati aku baru sembuh dari luka semalam.

hari ini

aku merasa bahagia setelah mengtahui kebenaran. ya, terima kasih kerana kau membuka pintu hati ini untuk menolak rasa hati ini. 


 

No comments:

Post a Comment