Monday, 30 July 2012

Suatu Kehilangan

Ye, sangat kehilangan. Dari saat kau mula undur diri tanpa sebab, aku mula rasa suatu kehilangan. Aku kehilangan kau. Entah apa sebab musabab ku tak pasti. Kau memilih diam diri. Suatu ketika dulu kau memilih untuk berkongsi segala rasa, kini kau memilih untuk berdiam diri. Kenapa?? Aku tak pasti siapa berubah, apa aku, apa kau yang berubah. Ku ingat segalanya, kau menjadi tempat curahan aku yang pertama, tak kira apa jua keadaannya. Gembira, sedih semua kita rasa berbagi sama. Aku telah cuba perbaiki, tapi kau bertindak menafikannya. Aku dah penat. Penat menjaga hati. Tempat kau masih sama di hati. Sekiranya kau ada rasa kehilangan aku, aku masih di sini. Masih aku yang dulu tapi mungkin berbeza kerana hati aku telah terluka dek kehilangan ini.

No comments:

Post a Comment