Saturday, 28 January 2012

Kembali Senyum.

Hihihihi..
Percutian kali ni was unplanned, tapi super duper awesome.

22/1/2012
8.00am (rumah)
"jom2 pergi pangkor..."
"haaaa, (sambil kesat2 mata terkejut)"
"yela, nanti cakap tak pergi bercuti la plak, kemas baju sekarang.
pukul 10am terus gerak"
"yela.................................(dlm hati monolog `semalam tak nak plan)"

2.00pm (jeti Lumut)

"woi, pukul berapa nak sampai nih??"
muka semua dah ketat, nak senyum pun malu2. panas.

4.00pm
(dalam feri)



walaweh berlari2 anak nak kejar seat.
giler lah. 1st time aku alami camni,
masa beratur orang siap tolak2,
"ada lorong untuk warga emas tak?" m.cik sebelah aku ni tanya..
"errmmmm, tak pasti la m.cik" sedih muka m.cik tuh.

4.30pm
(PULAU PANGKOR)
semua muka ketat, 
KEMBALI SENYUM (tetiba ingat lagu arwah plak)
dah sampai weh...
dalam kepala otak cuma ingat laut jer...

5pm
(Uptown Beach Resort)
dah siap golek atas katil amik feel,
so jom kita ke laut..
lets picture say the word.
























23/1/2012
9.00am
(Bot Trip keliling pulau)
Ni kali ke3 aku naik bot laju.
Umi 1st time naik so mulut kumat kamit baca2.






















12.30pm
(jeti pangkor)
checkout sudah..
percutian paling gile dalam sejarah family,
cz unplanned punya percutian.
dah sampai jeti keadaan still sama macam semalam,
semua berebut nk balik Lumut.


P/s: makanan kat Pulau Pangkor kalau pandai cari memang murah, then semua yang kitorang makan memang sedap.
**Ikan Pari seekor siap masak RM40.00**

E.N.D




Monday, 26 December 2011

kata akal @ kata hati?

ready for 2012 beb..

setiap hari kita akan bedepan untuk membuat keputusan dalam hidup. samada pilihan itu tepat @ tidak kita hanya guna akal @ hati  untuk menggerak pilihan itu. liku-liku jalan kehidupan yang kita pilih akan datang mencorakkan masa depan kita. kadangkala kita keliru dengan pilihan kita sendiri.

aku pemilik kata hati, akal hanya untuk orang yang rasional. kenapa? aku tiada jawapan. tapi yang pasti bila hati aku bagi jawapan aku tak pernah soalkan kedua kali. tiada rasional. ia kadangkala makan diri, tapi itu lah kata hati aku. tatkala ini aku masih ikut kata hati.

Fahami diri anda..

  • Jangan anggap apa yang berlaku hanya sekelip mata, banyak perkara baru unutuk di cuba..
  • Waspada dengan semua masalah, ianya hanya transformasi ke alam dewasa
  • Tak perlu menunggu keputusan dari sesiapa, kerna kita punya akal dan hati.
  • Ini bukan titik akhir, tapi titik permulaan setiap keputusan
  • Kau sempurna? Elak menjadi sempurna, kita manusia punyai takdir yang berbeza
  • Berhenti menyukai apa yang kau tidak suka.

Tiada yang lebih memahami diri kita sendiri. 

(-,-)  

Sunday, 11 December 2011

rindu? K.E.N.A.P.A











9:19pm
kipas berpusing mengikut format ia dicipta, masih mencari kenapa diri rasa resah..
telefon bimbit diperhati berkali2 hanya kelipan merah sahaja.
mengapa tiada tanda2 ada pesanan ringkas dari sesiapa yang dinanti.

9:23pm
melihat lagi pada benda yang hanya bernyawa bateri yang perlu diberi nyawa setiap kali amaran dikeluarkan.
kenapa? ye aku rindu..
tapi mengapa?
dia pernah menjadi sebahagian rutin aku,
detik ini genap 10hr tanpa suara.


9:28pm
aku disapa seseorang,
"woi jangan buat entry pasal dia lah"
aku hanya senyum.
monolog hati
"dia bukan sesiapa ku lagi, hanya kenangan"


9:54pm
ye pasrah, walau masih ada rindu
ku perhati keliling
"kau" masih ada untuk ku
nyawa baru untuk bina semula rasa dijiwa
T.E.R.I.M.A.K.A.S.I.H

Wednesday, 7 December 2011

Wordless Wednesday #6

K.E.C.E.W.A tiada pernah!

11.13 p.m

semua kenangan antara kita ku hadap satu persatu, kau bahagian hidup aku, mana mungkin aku buang kau terus dari keseluruhan itu. setiap ada kenangan, ku imbas kembali memori. 

bulan ke3

disuatu tempat, sekadar melepas dahaga, kau menyusun kata. segalanya tentang kehidupan yang kau angankan. aku mungkin kagum, kerana nampak jujur kau menyusun kata. ku hampir tak percaya pada omongon orang sekeliling.

seminggu kemudian

kau masih dengan ayat yang sama, meluah buah bicara agar ia sampai ke hati aku. kerana karekter mu itu, ku hanya diam sambil tersenyum, bukan ku memberi jawapan, tapi ku tak pernah berfikir sejauh itu. kau berusaha menjadi orang lain. aku masih tersenyum, tapi bukan lagi satu penghargaan, tapi sinisan. kau berpura2.

hari ke hari

segala sisi hidup kau aku mula dekati, bukan untuk memberi hati, ianya sekadar ingin mengenali. jujur kadang kala ku hilang punca. mungkin hikmah ada disitu.

bulan ke bulan

aku mula rasa ada yang membuat hati ku resah, segala yang terjadi seperti tidak memihak pada ku. kenapakah? akhirnya aku ada jawapan. pabila kau menuding pada aku, sah kau bukan lagi pilihan aku.
kau cuma singgah tatkala hati aku baru sembuh dari luka semalam.

hari ini

aku merasa bahagia setelah mengtahui kebenaran. ya, terima kasih kerana kau membuka pintu hati ini untuk menolak rasa hati ini.