Saturday, 15 September 2012

bila bersendiri

bila sendiri kita mula menghargai apa yang ada di sekeliling kita, dari saat mula kita sendiri, sehingga saat kita mula menyesuaikn diri. kita sentiasa tidak menghargai apa yang ada disekeliling kita sehingga ia pergi dengan sekelip mata. saat itu kita mungkin tidak sempat bertanya mengapa. semua itu suatu ujian untuk mengingatkan kita tentang siapa disekeliling kita.kita mudah lupa dengan segala kesenangan ini. segala macam disua semudah sekelipan mata, tapi bila ia pergi dengan sekelipan mata, barulah kita sedar untuk menghargai.kita memang tidak mampu untuk berpatah balik, tapi kita mampu untuk mengubah menjadi yang terbaik. belajar menghargai apa jua disekeliling kita tanpa mengira siapa, apa, dan dimana.

Sunday, 12 August 2012

Ramadhan yang akan pergi

kehidupan kadang-kadang buat kita lupa mengapa kita di cipta. kita lebih gemar mencari keseronokan yang membuat kita lupa kehidupan abadi kita. segala amalan kita di dunia ini akan dihitung segalanya. dari sebesar zarah Dia akan persoalkan. sehari-harian kita lebih memikir perkara semalam yang tidak aka membuat kita kembali lagi pada hari itu. alangkah bagusnya sehari-harian kita susuli dengan menginsafi diri ini yang hina. perbetul segala kesalahan, bersedia sesungguhnya untuk kembali pada Dia. Di bulan mulia ini, perbanyakkanlah amalan. peluang yang hadir hanya sekali dalam setahun. ibadah tanpa ganguan. Maha pemurah si Dia memberi peluang ini.Terima kasih ya Allah.

Monday, 30 July 2012

Suatu Kehilangan

Ye, sangat kehilangan. Dari saat kau mula undur diri tanpa sebab, aku mula rasa suatu kehilangan. Aku kehilangan kau. Entah apa sebab musabab ku tak pasti. Kau memilih diam diri. Suatu ketika dulu kau memilih untuk berkongsi segala rasa, kini kau memilih untuk berdiam diri. Kenapa?? Aku tak pasti siapa berubah, apa aku, apa kau yang berubah. Ku ingat segalanya, kau menjadi tempat curahan aku yang pertama, tak kira apa jua keadaannya. Gembira, sedih semua kita rasa berbagi sama. Aku telah cuba perbaiki, tapi kau bertindak menafikannya. Aku dah penat. Penat menjaga hati. Tempat kau masih sama di hati. Sekiranya kau ada rasa kehilangan aku, aku masih di sini. Masih aku yang dulu tapi mungkin berbeza kerana hati aku telah terluka dek kehilangan ini.

Sunday, 8 July 2012

Jobless

1bulan 14hari genap tanpa kerja. Hoiiiiiiii, meriah kot duduk rumah, lepak-lepak, heaven gila. Aku tak gila-gila cari kerja sebab Ramadhan semakin hampir cz nanti susah nak cari cuti. Sekarang usha-usha je kerja dari jauh walaupun rasa gila tanpa kerja. Menjadi orang tanpa kerja amat lah tidak best, macam orang hidup tanpa tujuan. Kadang-kadang terfikir macam mana la orang yang tak berminat untuk bekerja ni berfikir. Orang-orang ni tak rasa diri tak berguna ke? Tanpa kerja di sini bermaksud tidak melakukan apa-apa. Weeeeeeiiiiiiiiiiiiii, bosan kot. Ehhhmmm kalau ada side income takpe la jugak, at least otak kita berjalan.
Owh ye, aku seorang jobless yg mempunyai side income.

Tuesday, 7 February 2012

kawan_kawan


we have been friends since primary school 1996-present
ME, ASMA, YANA
LOC : STARBUCK MID VALLEY 
DATE :  5/2/2012


peserta wajib
loc : midvalley
date : 6/2/2012