Sunday, 25 November 2012

khamis yang telah pergi

khamis
simple. segalanya mengikut aturan. entah mengapa buat pertama kali aku menjadi diri sebenar.
aku mula menyenangi situasi ini. rasa di sayangi. hahahaha... ayat cam bodoh. tapi serious, aku mula rasa lain je. walaupun singkat aku dapat rasa. IKHLAS.

hari - hari berikutnya
segalanya buat hati tersenyum tanpa sebab. jika ada jalan tunjukkan. takut tersasar membuat keputusan. yang pasti aku senang dengan rasa ini. berharap rasa ini tidak pergi lagi. thanks L.

Wednesday, 21 November 2012

L for L.O.V.E

dua tiga hari yang ceria, peneman segala kedukaan. menceriakan hari di setiap pagi tanpa jemu dan lelah. di saat mata terlelap digagahkan jua bangun menceriakan suasana. aku ada bukan saat kita bergembira sahaja. aku jua ada saat kau jatuh bangun. jika beban kesusahan itu kau tak mampu pikul, luahkan rasa hatimu pada aku aku. agar hati kau tenang dan aku jua tidak resah sesah memikirkan.

Saturday, 15 September 2012

bila bersendiri

bila sendiri kita mula menghargai apa yang ada di sekeliling kita, dari saat mula kita sendiri, sehingga saat kita mula menyesuaikn diri. kita sentiasa tidak menghargai apa yang ada disekeliling kita sehingga ia pergi dengan sekelip mata. saat itu kita mungkin tidak sempat bertanya mengapa. semua itu suatu ujian untuk mengingatkan kita tentang siapa disekeliling kita.kita mudah lupa dengan segala kesenangan ini. segala macam disua semudah sekelipan mata, tapi bila ia pergi dengan sekelipan mata, barulah kita sedar untuk menghargai.kita memang tidak mampu untuk berpatah balik, tapi kita mampu untuk mengubah menjadi yang terbaik. belajar menghargai apa jua disekeliling kita tanpa mengira siapa, apa, dan dimana.

Sunday, 12 August 2012

Ramadhan yang akan pergi

kehidupan kadang-kadang buat kita lupa mengapa kita di cipta. kita lebih gemar mencari keseronokan yang membuat kita lupa kehidupan abadi kita. segala amalan kita di dunia ini akan dihitung segalanya. dari sebesar zarah Dia akan persoalkan. sehari-harian kita lebih memikir perkara semalam yang tidak aka membuat kita kembali lagi pada hari itu. alangkah bagusnya sehari-harian kita susuli dengan menginsafi diri ini yang hina. perbetul segala kesalahan, bersedia sesungguhnya untuk kembali pada Dia. Di bulan mulia ini, perbanyakkanlah amalan. peluang yang hadir hanya sekali dalam setahun. ibadah tanpa ganguan. Maha pemurah si Dia memberi peluang ini.Terima kasih ya Allah.

Monday, 30 July 2012

Suatu Kehilangan

Ye, sangat kehilangan. Dari saat kau mula undur diri tanpa sebab, aku mula rasa suatu kehilangan. Aku kehilangan kau. Entah apa sebab musabab ku tak pasti. Kau memilih diam diri. Suatu ketika dulu kau memilih untuk berkongsi segala rasa, kini kau memilih untuk berdiam diri. Kenapa?? Aku tak pasti siapa berubah, apa aku, apa kau yang berubah. Ku ingat segalanya, kau menjadi tempat curahan aku yang pertama, tak kira apa jua keadaannya. Gembira, sedih semua kita rasa berbagi sama. Aku telah cuba perbaiki, tapi kau bertindak menafikannya. Aku dah penat. Penat menjaga hati. Tempat kau masih sama di hati. Sekiranya kau ada rasa kehilangan aku, aku masih di sini. Masih aku yang dulu tapi mungkin berbeza kerana hati aku telah terluka dek kehilangan ini.